Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 CELIK BAHASA ISYARAT


Credit to : Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia


Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24


Hai semua 😉😉

Harini sis mahu share serba sedikit ilmu bahasa isyarat.  Of course semua pernah dengar kan apa tu bahasa isyarat 😏

        Ok. Bahasa isyarat ni pada dasarnya adalah merupakan bahasa komunikasi yang tidak mengeluarkan suara, hanya menggunakan pergerakan tangan, badan dan sometimes ada juga gerak-gerak bibir bagi menyampaikan kata-kata dari penutur. Biasa kita dengar je perkataan 'bahasa isyarat' trus mindset kita penggunanya terarah kepada individu kurang upaya iaitu pekak dan bisu. Tapi, sebenarnya bahasa isyarat ni pon juga boleh digunakan oleh individu biasa, tidak semestinya orang kurang upaya.

Di kesempatan ini, sis dah lampirkan link dari YouTube berkenaan dengan bahasa isyarat, bertajuk Celik Bahasa Isyarat. Banyak info yang sis terima apabila menonton siaran Youtube ni. Actually sis tonton live aritu 😆 baru ada feel  😏

        Okey, sebenarnya link Youtube tu yang dipanggil program 'Celik Bahasa Isyarat' dikongsikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, dan pengisian program tersebut adalah tentang kepentingan mempelajari bahasa isyarat. Dalam perkongsian tersebut, beliau telah menceritakan liku-liku bgaimana beliau berjaya mempelajari bahasa isyarat dengan hanya masa yang singkat iaitu 2 BULAN sahaja. beliau juga menegaskan bahawa minat yang tinggi dan usaha yang gigih harus seiring dalam mempelajarinya. Menurut beliau, beliau selalu menggunakan bahasa isyarat ketika berada di rumah bagi menunjukkan pelbagai emosi dan perasaan terutamanya dengan anak-anaknya. Beliau juga berpendapat bahawa skop bahasa isyarat tiada had dan amat luas. hal ini kerana bahasa isyarat bukan sahaja alat komunikasi dengan orang yang kurang upaya malah boleh juga dipakai oleh masyarakat umum kerana ianya merupakan satu keperluan dan kemestian dalam kehidupan seharian.

            Kita sebagai rakyat makmur perlu mempraktikkan penggunaan bahasa isyarat agar golongan-golongan bisu dan pekak ini tidak berasa terpinggir walaupun mereka merupakan kumpulan kecil (minoriti) dalam kalangan kita. Secara jujurnya, kita perlu mempelajari bahasa isyarat sejak kecil lagi kerana dari awallah kita perlu menggali ilmu-ilmu yang jarang dipelajari seperti Prof. Dr. Normaliza menyeru semua orang tidak kira tua, muda, kanak-kanak menyahut cabaran mempelajari serta menguasai bahasa isyarat.





No comments:

Post a Comment