RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
BANNER/
BANTING
Banner atau Bunting merupakan
salah satu medium yang digunakan dalam industri pengiklanan. Kedua-dua medium
ini boleh dijadikan medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika digunakan
dengan betul. Dalam sesebuah pengiklanan yang menggunakan medium Banner atau
Bunting, rekaan dengan imej dan warna yang menarik memainkan peranan yang
penting dalam menarik audiens untuk melihat atau membaca apa yang tertera pada
banner atau bunting tersebut.
Kedua-dua baner dan bunting mempunyai fungsi yang
sama, iaitu sebagai medium pengiklanan. Yang membezakan kedua-duanya adalah,
baner dicetak secara melintang manakala, bunting pula dicerak secara menegak.
Banner sesuai digunakan untuk iklan yang bersaiz besar dan kebiasaanya banner
akan digantung diantara 2 pokok atau 2 tiang. Bunting pula mempunyai ukuran
yang bersaiz lebih kecil dan kebiasaanya digunakan di sekitar booth/gerai
jualan. Selain digantung, Bunting juga boleh dipasang menggunakan stand.
PAMPLET
Pamplet ialah sejenis gambar yang mempunyai tulisan yang
menjelaskan huraian gambar tersebut. Pamplet ini juga disebut sebagai risalah
dan juga tidak dijilid atau tidak mempunyai muka surat hadapan. Pamplet dilipat
kemas dengan cara menggunakan sekeping kertas khusus yang panjang dan saling
terhubung satu sama lain. Pamplet juga dipotong setengah atau sepertiga untuk
terlihat lebih kecil. Pamplet digunakan untuk memberikan maklumat tentang
produk-produk yang dipromosi atau pengenalan untuk sesuatu acara.
Gambar diatas menunjukkan hasil rekaan pamplet oleh kumpulan
Diez yang untuk memberi maklumat tentang produk baru yang dikeluarkan iaitu
kasut sukan. Pamplet ini menjelaskan tentang keunikan dan ketahanan kasut
tersebut. Kasut sukan terbaru keluaran Diez mempunyai pelbagai spesifikasi
menarik untuk dikongsi. Kasut sukan Diez kali ini hadir dengan pelbagai warna
seperti merah, putih dan hitam. Warna dan saiz yang disediakan sangat sesuai
untuk golongan lelaki atau wanita.Kasut sukan ini juga menampilkan ciri-ciri
seperti tapak yang lebih selesa dan lembut. Ini dapat memudahkan pengguna untuk
berdiri dengan lebih lama dan dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian tapak
kaki. Selain itu, kasut ini juga mempunyai elemen yang fleksibel untuk
memudahkan pengguna yang memakainya lebih tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai
aktiviti. Misalnya, aktiviti berjoging, mendaki gunung dan sebagainya. Kasut
keluaran Diez juga lebih stabil dan mengawal pengerakan. Pengguna juga lebih
selamat apabila menggunakan kasut ini.
POSTER
Poster ialah suatu bentuk rekaan
grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah
untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam
promosi, kempen dan sebagainya.
Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat
2D meliputi bahan yang dilukis, dicat,
ditulis atau dicetak. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan
produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan
sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di
pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan
keistimewaan mesej kepada masyarakat dan di poster iklan tersebut dapat
dipertontonkan di tempat menunggu bas dan sebagainya.
Poster di atas merupakan poster
yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran kasut sukan
mereka yang baharu. Poster di atas memaparkan teks yang jelas iaitu “Run with
Diez” yang merupakan moto utama kumpulan mereka dalam mempromosikan keluaran
kasut sukan mereka. Teks slogan “Run with Diez” jelas menunjukkan bahawa kasut
tersebut merupakan kasut sukan dan sesuai untuk aktiviti sukan berlari. Poster
itu juga memaparkan beberapa teks tambahan yang lain iaitu “Great shoes can
take you places” dan “Buy a new pair today”. Teks tambahan ini mampu menarik
perhatian orang ramai yang melihat poster iklan ini. Teks yang mempunyai ayat
yang menarik dan mampu menambat hati orang ramai yang melihat poster iklan ini
untuk membeli kasut tersebut kerana mesej atau maklumat dapat disampaikan
dengan jelas. Ilustrasi gambar kasut sukan yang dipaparkan didalam poster itu
juga menunjukkan kasut tersebut sangat selesa dan cantik apabila di pakai. Teks
“Since 2021” pula menjelaskan bahawa kasut sukan keluaran Diez merupakan
koleksi kasut sukan yang dikeluarkan pada tahun 2021. Poster ini jelas ingin
mempromosikan iklan tentang kasut sukan keluaran terbaharu oleh kumpulan Diez.
GAMBAR / FOTO
Gambar atau foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya. Kebanyakan gambar atau foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Proses dalam mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.
Gambar di atas
merupakan gambar yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan
keluaran terbaru kasut sukan mereka. Gambar di atas menunjukkan dengan jelas
bahawa produk kasut yang dipromosikan, dan dengan penggunaan warna latarnya
yang sesuai dapat menarik minat masyarakat yang memandangnya. Gambar ini juga
memaparkan teks yang jelas mesejnya iaitu “Run with Diez” yang turut merupakan
moto utama bagi keluaran kasut ini dalam mempromosikan kasut sukan Diez. Moto
“Run with Diez” yang bermaksud “Lari bersama Diez” cukup jelas menunjukkan
kasut tersebut dicipta untuk aktiviti sukan larian. Gambar ini juga menunjukkan
bahawa dua kasut yang berlainan warna yang mana ingin menyatakan Diez
mengeluarkan kasut yang berbeza warna bagi memenuhi minat masing-masing. Gambar
ini juga memaparkan teks yang berlainan iaitu “Always your choice” yang mana
kumpulan Diez ini menyatakan bahawa kasut keluaran Diez semestinya menjadi
pilihan pembeli. Gambar dan teks yang sesuai dan menarik mampu membuatkan orang
ramai tertarik untuk melihat gambar ini dan membeli produk ini.
BILLBOARD
Billboard ataupun papan iklan adalah sebuah papan yang berukuran
besar yang mengandungi tulisan atau gambar yang bertujuan untuk iklan,
penguguman atau promosi. Billboard mengandungi ilustrasi atau slogan
yang menarik untuk dibaca supaya orang ramai tahu apa yang ingin disampaikan
oleh billboard tersebut. Kebiasaanya, billboard diletakkan di
tempat yang tinggi supaya dapat dilihat oleh orang ramai dan seringkali ditemui
di sekitar jalan raya. Gambar di bawah menunjukkan hasil rekaan billboard
oleh kumpulan Diez yang bertujuan untuk mempromosikan iklan kasut mereka yang
terbaru.
Billboard
di atas memaparkan tentang iklan kasut Diez yang terbaru. Ilustrasi kasut yang
digunakan menunjukkan bahawa kumpulan Diez bakal mengeluarkan kasut sukan
terbaru yang hadir dengan pelbagai spesifikasi yang menarik. Kasut keluaran
terbaru itu hadir dengan pelbagai warna dan mempunyai tapak kasut yang elastik.
Kelembutan bahagaian hadapan kasut Diez akan memberi keselesaan kepada pemakai.
Kasut Diez juga muat pada kaki pemakai kerana dicipta mengikut bentuk tapak
kaki yang sebenar dan pelbagai saiz. Jadi, kesemua para pemakai kasut Diez akan
tampil elegan ketika mengayakan kasut ini. Slogan ‘Run With Diez’ menunjukkan
bahawa kasut Diez ini akan sentiasa menemani pemakai kerana sifatnya yang
elastik, elegan dan tahan lasak memberikannya kesesuaian untuk dipakai di mana
sahaja. Sesuailah dengan ayat ‘Providing the best, comfy and elegant partner
to stay with you all the time’, kasut Diez akan membekalkan keseronokan,
keselesaan dan keanggunan pada pemakainya. Jangan lupa untuk dapatkan kasut
terbaru keluar Diez ini!
VIDEO
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, video merupakan
alatan yang digunakan untuk merakamkan dan menayangkan filem. Video juga
merupakan sebuah perbuatan memvideokan dan merakamkan sesuatu peristiwa, adegan
dan sebagainya dalam media elektronik seperti telefon atau kamera. Secara
amnya, Video berasal dari kata bahasa Latin, yang bermaksud Saya lihat. Video
ialah teknologi memprosess isyarat elektronik (electronic signals) bagi
menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah
televisyen. Perkataan "video" biasanya merujuk kepada jenis format
pembawa (carrier) sama ada isyarat digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau
isyarat analog videotape (VHS, Betamax).
Video di atas menunjukkan iklan jenama Diez yang
mengeluarkan produk baru iaitu kasut sukan. Video tersebut menjelaskan
keunikkan dan kelebihan kasut sukan Diez. Dengan sekali imbas, orang ramai
dapat mengetahui bahawa video tersebut adalah berkaitan dengan kasut sukan.
Dengan ini, mesej yang terdapat dalam video tersebut dapat difahami dan
disampaikan tanpa sebarang kekeliruan. Di samping itu, teks “EASY TO WEAR,
LIGHTWEIGHT, DURABLE, COMFORTABLE, STYLIST, dan EASY TO REMOVE” menggambarkan
sifat dan kelebihan kasut sukan tersebut. Teks ini dapat menarik perhatian
orang ramai kerana saiz dan jenis font yang terpapar dalam video
tersebut adalah jelas. Teks slogan “RUN WITH DIEZ” pula dapat meyakinkan lagi
orang ramai bahawa kasut sukan tersebut merupakan suatu produk yang baik dan
bermutu tinggi serta diserlahkan lagi dengan kesenangan dan keselesaan yang
ditunjukkan oleh pemakai. Video tersebut jelas menunjukkan bahawa pemakai
berasa selesa dalam segala keadaan dan bentuk muka bumi yang diterokai. Oleh
itu, mesej dapat disampaikan dengan baik dan mempengaruhi orang ramai untuk
membeli kasut sukan Diez. Setiap langkah yang dilakukan bersama kasut sukan
Diez dapat menyakinkan pemakai dalam mengorak langkah menuju masa depan yang
sempurna.
No comments:
Post a Comment