Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Rujukan :

Normaliza Abd Rahman (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 


Cerita ini berkisahkan tentang sebuah keluar besar Alim. Pada hujung minggu yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan tempatan ke rumah. Memikirkan anak-anaknya Alim, Imran, Madinah dan Aisyah sangat menyukai buahan tempatan. Buahan tempatan yang dibeli terdiri daripada durian, langsat, rambutan, manggis, duku dan banyak lagi. Setelah sampai dirumah, Alim bertanya bertanya dimanakah bapanya membeli buahan tersebut dan dijawabnya ayahnya dari pasar tani. Setelah itu, Alim memanggil adik-beradiknya yang lain, abang Imran, Kak Madinah  dan Aisyah serta ibunya sekali untuk menyantap buahan tersebut. Adik-beradik yang lain dengan gembira mendapatkan buahan tersebut. Ibu Alim berpesan supaya segala sampah dari buahan yang dimakan perlu dibuang ke dalam bakul sampah kerana tidak mahu rumah menjadi kotor. Sambil-sambil makan, Alim meminta izin ibunya untuk memberikan sedikit dari buah-buahan tersebut kepada jirannya bernama Sulaiman merangkap kawan Alim juga. Sambil mengngati pesanan ibunya yang mana berkongsi barangan kita suka ada perbuatan yang baik dan ibunya membenarkannya dan banggan Alim mengingati pesanannya. Ibu mengasingkan buah rambutan dan manggis ke dalam plastic merah dan menghulurkan kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman sekeluarga.

Sulaiman tersenyum setelah menerima plastic merah pemberian Alim. Alim berasa puas dengan pemberiannya kepada Sulaiman sekeluarga. Setelah selesai makan, Alim terserempak dengan Mak Cik Tima, ibu kepada Sulaiman yang sedang meyapu lantai di rumah. Mak Cik Timah berterima kasih atas pemberian buah-buahan tadi dan menyatakan Alim anak yang baik. Mak Cik Timah juga gembira kerana Alim baik dengan anaknya, Sulaiman. Alim memberitahu bahawa Alim suka akan Sulaiman kerana Sulaiman kawan Alim. Sesudah itu Alim berjalan masuk kerumahnya sambil didoanya Mak Cik Timah semoga keluarga Alim diberikan kesihatan dan kesejahteraan.

Nilai yang dapat dari cerita ini ialah setiap rezeki kita adalah mempunyai rezeki orang lain juga. Itu diterapkan oleh Alim apabila dia memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman sekeluarga. Selain itu, dalam kehidupan, haruslah sentiasa berbuat baik kepada sesame jiran. Seperti yang ditunjukkan Alim sekeluarga dengan Sulaiman sekeluarga dimana Alim berkawan dengan Sulaiman dan memberikan sedikit dari makanan kesukaannya kepada Sulaiman dan keluarganya.




No comments:

Post a Comment