BBM3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-INTERNET
ELEMEN :
Keseimbangan
TEMA : Kesihatan
RUJUKAN
: https://cmnacademy.com/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat/
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sebuah
poster ‘Gaya Hidup Sihat’ yang mempamerkan pelbagai jenis gambar yang berkaitan
dengan amalan gaya hidup sihat. Ruang sebelah atas dan bawah poster tersebut
mempunyai teks perkataan yang berkaitan dengan gaya hidup sihat dan kewujudan
teks tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang. Ruangan tengah
poster tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis gambar telah berjaya
memenuhi semua ruang dan sekaligus menjadikan bahagian kiri dan kanan poster
tersebut seimbang.
ELEMEN
:
Keseimbangan
TEMA
:
Ketenangan
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada
1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/395964992245130223/
Huraian: Gambar di atas menerangkan
tentang pemandangan rumah di atas air berdekatan hutan pergunungan. Terdapat
sebuah tasik yang luas dengan rumah di atas air di sebelah kanan gambar.
Terdapat juga hutan gunung yang berwarna hijau berdekatan rumah tersebut. Pada
sebelah atas gambar, terdapat sebuah gunung yang diliputi kabus tebal. Warna
cerah kabus tebal pada gunung memberi keseimbangan dengan warna gelap yang
tedapat pada air tasik dan hutan gunung itu.
ELEMEN: KESEIMBANGAN
TEMA: MAKANAN
RUJUKAN: (2021). Diakses
pada April 2, 2021, daripada Lensamars.com website: https://lensamars.com/blog/wpcontent/uploads/2019/07/promo_small7261537527473.jpg
HURAIAN: Gambar di atas menggunakan elemen keseimbangan. Jika
dilihat secara keseluruhannya, gambar tersebut kelihatan seimbang sama ad dari
sudut kiri dan kanan serta atas dan bawah. Gambar makanan yang diletakkan di
kedua-dua tempat kiri dan kanan membuatkan kedua-dua kawasan tersebut kelihatan
seimbang. Penggunaan teks dan gambar makanan yang bersaiz sedikit kecil di
bahagian atas dan gambar makanan yang besar di bahagian bawah membuatkan gambar
tersebut lebih seimbang.
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA
: Promosi
RUJUKAN
: Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=puma+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiambWa4N_vAhUQCLcAHZLgAaIQ2-cCegQIABAA&oq=puma+promo&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADIGCAAQCBAeMgYIABAIEB4yBggAEAgQHjoECAAQQzoHCAAQsQMQQzoKCAAQsQMQgwEQQ1Da0wNYvOEDYPj2A2gAcAB4AIABkQKIAd4HkgEFMi4yLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=jSdnYNqeOJCQ3LUPksGHkAo#imgrc=pm8HWt-_0SKuqM
Huraian
: Gambar di atas menunjukkan jenama PUMA sedang mempromosikan barangnya iaitu
kasut potongan sebanyak 50%. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen
keseimbangan kerana kedudukan susunan kasut-kasut di sebelah kiri menunjukkan
ruang kiri gambar berat jika dibandingkan dengan ruang kanan gambar yang hanya
mempunyai teks.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Permandangan
RUJUKAN : (2021), Diakses pada April
2, 2021, daripada twitter azim nazhan (hansvii_) website:
https://twitter.com/hansvii_/status/1374191140405088261?s=19
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan jambatan
Pulau Pinang yang berlatar belakangkan panorama matahari terbenam. Gambar
tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang begitu kuat. Hal ini demikian
kerana kedudukan matahari yang hampir terbenam itu berada tepat ditengah
belahan jambatan tersebut. Panjang jambatan dibahagian kiri dan kanan gambar juga
sama dan seimbang.
ELEMEN
: KESEIMBANGAN
TEMA
: PRODUK KECANTIKAN
RUJUKAN
: Oliur. (2014, July 5). 31 REALLY CLEVER AND CREATIVE PRINT ADS. Retrieved
from ULTRALINX: http://theultralinx.com/2014/07/31-clever-creative-print-ads/?epik=dj0yJnU9eGdXZVlBRGFDMFRVSHdLNE5xNDNoSUtLWGNBMDA4SFAmcD0wJm49Ty1DUGFaZU1DT0tKMElrcGVHMUhPdyZ0PUFBQUFBR0JuRUpn
HURAIAN : Gambar
grafik diatas menunjukkan elemen keseimbangan yang sangat baik. Ruang dalam
foto menunjukkan berat yang sama. Keseimbangan ini dapat menyampaikan mesej
penyunting kepada audiens dengan baik. Daripada gambar di atas, audiens faham
bahawa penyunting sedang mempromosikan produk Nivea.
ELEMEN: Keseimbangan
TEMA: Kecantikan
RUJUKAN: Fairnan
Suharnoto. (2014). Retrieved from 2nd April,2021. From
https://www.behance.net/gallery/13867025/Nivea-For-Men
Huraian: Menerusi
gambar di atas, kita dapat melihat produk kecantikan iaitu pencuci muka untuk
lelaki. Lelaki pada zaman sekarang juga pandai menjaga muka dan ia bermaksud
produk kecantikan pada masa ini tidak hanya terhad kepada gunaan wanita sahaja.
Jenama produk tersebut ialah NIVEA. Produk tersebut mudah didapati di Guardian
dan Watson.
ELEMEN : KESEIMBANGAN
TEMA: PEMANDANGAN
RUJUKAN: Internet, Pinterest. Diakses pada 2 April 2021
daripada https://id.pinterest.com/pin/10414642877151851/
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan
gambar pemandangan yang diambil dari belakang dua orang pasangan. Terdapat
langit, kabus dan sedikit awan di ruang paling atas gambar. Selain itu,
terdapat gunung-ganang di bawah langit manakala di bahagian tengah terdapat
lautan biru yang sangat luas. Akhir sekali, di ruang paling bawah terdapat
pasangan yang berdiri di Kawasan hujung jurang. Warna-warna yang terdapat dalam
gambar di atas juga menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Tumbuh-tumbuhan
RUJUKAN :Internet, Walpapertip.
Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/D5z3Bt3DAvHmG7RMA
HURAIAN : Gambar ini
menunjukkan permandangan di waktu pagi. Ruang di sebelah kiri dan kanan
terdapat pokok-pokok besar yang seimbang antara satu sama lain. Manakala, di
bahagian atas dihiasi dengan awan dan di bahagian bawah terdapat padang rumput
berwarna hijau yang luas. Ini menunjukkan grafik sama berat dan seimbang
di semua ruang.
ELEMEN: Keseimbangan
RUJUKAN: Pemandangan
SUMBER: (2021). Instagram: Arts of Visuals.
Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CKK-ltYsKhd/?igshid=ts2j8ohwqhk7
HURAIAN: Gambar di atas menunjukkan ruang yang seimbang. Jumlah
pokok yang terdapat di ruang sebelah kiri dan ruang di sebelah kanan adalah
sama banyak dan teratur. Hal ini telah menjelaskan bahawa berat diantara ruang
di sebelah kanan dan kiri adalah sama. Manakala, ruang di sebelah atas dan di
sebelah bawah gambar juga sama berat. Di ruang sebelah atas menunjukkan langit
yang berkabus, manakala ruang di sebelah bawah pula menunjukkan hamparan padang
rumput yang menghijau.
BBM3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-SENDIRI
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA
: Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar
makanan yang diambil disebalik pemandangan sawah padi. Ruang sebelah atas
gambar tersebut dipenuhi dengan kepulan awan yang membiru manakala ruang sebelah
bawah pula dihiasi dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Kedua-dua
ruangan atas dan bawah gambar tersebut yang dipenuhi dengan awan biru dan sawah
padi menjadikan gambar tersebut seimbang. Malahan, keseimbangan yang dipamerkan
berdasarkan latar belakang tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan sangat
mendamaikan
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA
: Ketenangan
RUJUKAN
:
Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas merupakan gambar
pemandangan suatu tempat yang mempunyai gunung dan kawasan lapang. Pada
kawasan bawah gambar merupakan padang rumput yang kehijauan. Terdapat juga
pagar di sepanjang padang rumput tersebut. Terdapat juga gunung yang tinggi
berwarna hijau. Pada bahagian atas gambar pula ialah langit yang berwarna biru
bersama kepulan awan putih yang cantik. Pemandangan kawasan padang rumput
bersama gunung yang berwarna hijau memberi keseimbangan kepada langit dan awan
yang berwarna biru cerah.
ELEMEN: KESEIMBANGAN
TEMA: PERSAHABATAN
RUJUKAN: GAMBAR SENDIRI
ELEMEN: Keseimbangan
TEMA: Kegembiraan
RUJUKAN: Gambar Sendiri
HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan seorang
gadis yang berdiri di hadapan tangga Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti
Putra Malaysia. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang jelas. Hal
ini demikian kerana gambar yang diambil adalah seimbang di kedua-dua bahagian.
Jarak tangga di bahagian kiri dan kanan juga sepadan.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA
: Pemandangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas
menunjukkan waktu senja di sebuah kota. Seperti yang dilihat, langit yang
mempunyai tiga lapisan warna dan kelihatan awan-awan serta bangunan-bangunan
bercahaya lampunya menunjukkan hari sudah mula gelap. Gambar ini menunjukkan
elemen keseimbangan kerana pada bahagian atas, warna agak cerah jika
dibandingkan bahagian bawah gambar yang warnanya agak gelap. Keseimbangan cerah
dan gelap dapat menggambarkan sebuah kota waktu senja.
ELEMEN
: KESEIMBANGAN
TEMA : TUMBUHAN
RUJUKAN
: GAMBAR SENDIRI
HURAIAN : Gambar
yang dilampirkan di atas menunjukkan sebuah tumbuhan yang diletakkan dalam
sebuah pasu. Daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa ruangan atas, bawah
dan tepi foto adalah sama berat. Dengan melihat gambar ini, audiens dapat
memahami bahawa penyunting sedang menunjukkan sejenis tumbuhan di dalam pasu.
Gambar dengan keseimbangan yang baik dapat membantu dalam menyampaikan mesej
penyunting kepada audiens.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA: Pemandangan
RUJUKAN: Gambar
sendiri
HURAIAN: Menerusi
gambar di atas, kita dapat melihat gambar tersebut menunjukkan suasana pada
waktu petang. Apabila melihat gambar tersebut, kita dapat merasakan kita sudah
hampir sampai hari penutup pada hari tersebut. Perasaan kita melihat
pemandangan tersebut kita akan berasa tenang. Pada masa yang sama, kita akan
tidak sabar untuk menanti hari esok.
ELEMEN : KESEIMBANGAN
TEMA: PEMANDANGAN
RUJUKAN: GAMBAR SENDIRI
HURAIAN : Gambar di atas menunjukan gambar pemandangan semasa
meaniki ‘cable car’ di Pulau Langkawi, Kedah. Ruang sebelah atas terdapat
langit biru berserta awan putih yang memenuhi langit. Selain itu, di ruang
tengah gambar tedapat lautan biru muda dan terdapat pulau-pulau kecil yang
sangat cantik jika dilihat dari atas. Ruang yang paling bawah terdapat
bukit-bukit dan hutan yang dilihat bersambung jika dilihat dari atas dan tepi.
Oleh itu, jelas sekali langit biru seimbang dengan bukit dan hutan yang
berwarna hijau.
ELEMEN :Keseimbangan
TEMA: Ketenangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan waktu
senja di tepi laut. Ruang di sebelah kiri gambar tersebut mempunyai pohon yang
dipenuh daun yang seimbang dengan pokok di sebelah kanan. Manakala, pantulan
cahaya matahari yang sedang terbenam di sebalik awan dan ruang bawah dipenuhi
air laut. Ini menunjukkan terdapat keseimbangan yang baik dalam gambar tersebut
dan dapat disampaikan dengan baik.
ELEMEN: Keseimbangan
TEMA: Pemandangan
SUMBER: Gambar Sendiri
HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan
bangunan di tengah-tengah gambar. Hal ini menyebabkan ruang di sebelah kanan
dan ruang di sebelah kiri adalah seimbang. Hal ini telah menyebabkan berat di
ruang sebelah kanan dan runag di sebelah kiri adalah sama. Manakala, di sebelah
atas bangunan terdapat awan yang luas berwarna biru dan di sebelah bawah pula
terdapat jalan raya beserta objek yang sekaligus menampakkan gambar tersebut
seimbang dari segala sudut.
Carta Organisasi Elemen Keseimbangan
Ketua : Anis 203012
Penolong : Hapizah 203936
Editor : Adilla 201848
Penolong Editor 1 : Adreana 204113
Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 3 : Vivian 202967
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
AJK Semakan : Hidayah 203937
No comments:
Post a Comment