BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN : (2020). Instagram: 9gag.
Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CIaCt0CHhsQ/?igshid=hwox8jfxlibu
HURAIAN : Gambar di atas
menunjukkan seorang kanak-kanak sedang meniup seruling di taman bunga.
Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat menghayati bunyi alunan seruling yang
dialunkan olehnya tanpa sebarang gangguan. Taman yang dipenuhi dengan bunga
berwarna merah dan ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mewujudkan
suasana yang harmoni. Sesiapa yang melihat gambar tersebut dapat merasa
ketenangan kerana alam semula jadi tidak dapat dipisahkan dengan unsur
ketenangan.
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Sukan Dan
Rekreasi
RUJUKAN : (2021), Diakses
pada April 2, 2021, daripada Ms.morefit.eu website:https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimg.morefit.eu%2FFitness%2FTraining%2F454545784.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fms.morefit.eu%2Fkelebihan-berjoging-di-petang%2F&tbnid=XVJCeOWm7qsVJM&vet=12ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ..i&docid=iXCLt461Kb2kzM&w=630&h=420&q=GAMBAR%20ORANG%20BERJOGGING&ved=2ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ
HURAIAN : Gambar
tersebut menunjukkan wanita yang sedang berjoging di sebuah pantai. Gambar
tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen kesesuaian kerana ia bersesuaian
dengan latar tempat pada ketika itu iaitu sebuah taman. Taman merupakan tempat
yang bersesuaian untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti antaranya
adalah dengan larian setempat ataupun jogging. Wanita tersebut juga mengenakan
pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan iaitu pakaian sukan. Latar
masa yang digunakan juga bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan iaitu pada
waktu petang. Oleh itu dapat disimpulkan, gambar berkenaan menepati elemen
kesesuaian.
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA :
Pelajar
RUJUKAN :
Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=pelajar+universiti&tbm=isch&ved=2ahUKEwj3w5rk39_vAhUeG7cAHYsnBVQQ2-cCegQIABAA&oq=pelajar+universiti&gs_lcp=CgNpbWcQAzICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAOgQIIxAnOgQIABBDOgUIABCxAzoICAAQsQMQgwFQm0ZYxGxguW9oAHAAeAKAAe0EiAGFJJIBCzEuOC40LjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=HCdnYPfFDp623LUPi8-UoAU#imgrc=W-g4I3wVMIguVM
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar universiti perempuan sedang membaca
buku di sebuah perpustakaan. Pelajar tersebut yang memakai baju casual, membaca
buku di meja dan suasana di belakang menunjukkan rak-rak buku yang banyak, amat
sesuai sekali situasinya.
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Minuman
RUJUKAN:(2020). Diakses pada April 2,
2021, daripada Foodbusinessnews.net website: https://www.foodbusinessnews.net/ext/resources/2020/1/Starbucks2020Bevs_Lead.jpg?t=1578409533&width=1080
HURAIAN : Secara jujurnya,
gambar di atas sangat menarik dan berjaya memukau audiens dengan penggunaan
warna yang menarik. Namun gambar tersebut diletakkan di bawah elemen kesesuaian
kerana pemilihan warna dan gambar latar yang digunakan adalah bersesuaian
dengan apa yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, gambar pertama dengan latar
berwarna merah jambu berserta kacang membawa maksud air berperisa Almondmilk
Honey Flat, gambar kedua berperisa Coconutmilk Latte dan Oatmilk Honey Latte
bagi gambar ketiga. Jadi elemen kesesuaian merupakan elemen pemberat bagi
gambar di atas.
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA : Keluarga
RUJUKAN :Internet,
Redaksi. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/ZVuMVpQeaTmiqReB6
HURAIAN :Berdasarkan gambar di
atas, sebuah keluarga sedang berkelah di taman. Hal ini menunjukkan ibu bapa
sibuk melayan kerenah anak-anak. Terdapat makanan yang dihidang dan disertai
barangan permainan seperti bola. Ini menunjukkan kesesuaian antara satu sama
lain dalam gambar tersebut. Gambar ini jelas menunjukkan kegembiraan sebuah
keluarga yang dapat meluangkan masa bersama pada waktu cuti.
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Pemandangan (Orang)
RUJUKAN : Emma. (2019,
October 9). Emma's Edition. Retrieved from HOW TO POSE AT A PUMPKIN
PATCH: https://www.emmasedition.com/2019/10/how-to-pose-at-a-pumpkin-patch.html
HURAIAN : Gambar grafik yang
dilampirkan di atas menunjukkan tiga orang wanita di lading labu. Elemen-elemen
dalam gambar tersebut daripada watak sehingga latar kawasan saling melengkapi
antara satu dengan lain. Daripada gabungan elemen-elemen ini, audiens dapat
memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penyunting.
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA : Makanan
RUJUKAN : Internet, Pinterest.
Diakses pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/723672233873486371/
HURAIAN : Gambar di
atas menunjukkan tentang makanan yang sering dibawa untuk berkelah. Setiap
bahan dalam gambar di atas seperti makanan dan bakul sangat bersesuaian antara
satu sama lain untuk menaikkan lagi semangat berkelah. Selain itu, kedudukan
makanan dan bakul sangat bersesuaian dengan latar tempat. Walau bagaimanapun,
dalam gambar di atas juga jelas menunjukkan bahawa suasana pada waktu petang
sangat sesuai untuk berkelah atau bersantai-santai.
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Kegembiraan
RUJUKAN : Internet. Pinterest.
Diakses pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/313633561551317601/
HURAIAN : Gambar di atas
menerangkan tentang tiga orang kanak-kanak sedang bermain di tepi pantai.
Kanak-kanak tersebut berlari dengan berkaki ayam sambil menunjukkan riak wajah
yang gembira. Langit yang cerah dan redup menunjukkan suasana waktu petang yang
mendamaikan. Suasana waktu petang yang mendamaikan itu jelas menyebabkan kanak
kanak tersebut sangat gembira bermain di tepi pantai.
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA :
Alam sekitar
RUJUKAN : Limau, S. (26 Januari,
2017). 5 Sebab Aktiviti Berkebun Bagus Untuk Kanak-Kanak. Diakses pada 1 April,
2021, daripada https://siraplimau.com/5-sebab-aktiviti-berkebun-bagus-untuk-kanak-kanak/
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang sedang berkebun di lama
rumah mereka. Seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan sedang
diajar oleh ibu bapa mereka tentang cara untuk berkebun. Hal ini kerana
aktiviti berkebun sangat bagus untuk kanak-kanak kerana mereka dapat belajar
menghargai dan menikmati hasil tanaman sendiri. Gambar ini jelas menunjukkan
bahawa keluarga tersebut berasa gembira dapat meluangkan masa melakukan
aktiviti berkebun bersama-sama.
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN :Bagiinfo.
(2018). Diakses pada 2nd April,2021. daripada https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=j2sug9%2fu&id=8FA39DF73F1C6817FBBCCE8B8ECC6F26213AC001&thid=OIP.j2sug9_uyqGwleVnRgk-GgHaEV&mediaurl=https%3a%2f%2fi0.wp.com%2fbagiinfo.com%2fwp-content%2fuploads%2f2016%2f09%2fgambar-pemandangan-pantai-dengan-penginapan-unik.jpg%3fresize%3d1037%252C607&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR8f6b2e83dfeecaa1b095e56746093e1a%3frik%3dAcA6ISZvzI6Lzg%26pid%3dImgRaw&exph=607&expw=1037&q=pemandangan+pantai&simid=607997803880728795&ck=86AC6C5DB5CDD06F9ABAB4AA5FAFA7DF&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan pemandangan di pantai dengan beberapa rumah di atas
air. Air yang sangat biru dapat menenangkan jiwa. Apabila rasa
tertekan, tempat ini sangat sesuai untuk melepaskan tekanan. Apabila balik dari
percutian, sudah pasti tidak dapat dilupakan pemandangan tersebut.
BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-SENDIRI
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar pantai pada waktu malam. Gambar tersebut
diambil di Tanjung Lipat, Sabah. Pemandangan pada waktu malam sangat cantik.
Apabila menatap kembali gambar ini, saya akan berasa sangat tenang dan perasaan
ingin kembali lagi ke sana sangat kuat.
ELEMEN
: Kesesuaian
TEMA
: Alam semulajadi
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN
: Gambar di atas menunjukkan lima orang remaja perempuan yang berada di Bukit
Ekspo, UPM pada waktu pagi. Kelima-lima remaja perempuan tersebut sedang
menikmati keindahan pancaran cahaya matahari. Hal ini dapat dilihat pada wajah
mereka semua yang berasa gembira ketika menikmati sinaran matahari di waktu
pagi. Gambar ini sesuai dikatakan yang mereka berasa seronok kerana pergi ke
Bukit Ekspo pada hari tersebut dan keseronokan tersebut jelas terpancar di
wajah mereka.
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA :
Ketenangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di
atas merupakan gambar dua orang perempuan sedang berkelah di tepi tasik.
Terdapat perkelahan, makanan dan minuman yang diletakkan di atas tikar kecil.
Mereka sedang Menyusun makanan dan minuman sebelum menikmati perkelahan mereka.
Suasana yang redup menunjukkan mereka duduk di bawah pokok yang rendang.
Keadaan ini memberi ketenangan kepada mereka untuk menikmati perkelahan
tersebut.
ELEMEN
: Kesesuaian
TEMA : Gadis Melayu
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas
jelas menunjukkan gambar seorang gadis melayu yang anggun dan manis. Gambar
gadis di atas yang berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana
kampung sangat bersesuaian. Selain itu, sesiapa yang memandang wajah
gadis ini pasti akan berasa tenang dan selesa dengan mukanya yang manis. Gadis
di dalam gambar di atas juga mengenakan pakaian yang sesuai iaitu baju kurung
dan tudung yang sopan sesuai dengan perwatakannya.
ELEMEN
: Kesesuaian
TEMA
: Pemandangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN
: Gambar grafik yang
dilampirkan di atas merupakan gambar menampakkan elemen kesesuaian. Hal ini
demikian kerana, daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa latar tempat
dan latar masanya mempunyai kaitan yang bersesuaian. Daripada gambar tersebut,
audiens faham bahawa penyunting cuba menyampaikan mesej mengenai keadaan senja
kawasan tersebut. Keadaan langit yang gelap dan dengan adanya cahaya matahari
sewaktu petang memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang keadaan
tersebut.
ELEMEN : Teks
TEMA :
Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas
menunjukkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian graduasi di sekolah. Ini
menunjukkan mereka sedang menyambut Hari Graduasi setelah tamat pengajian di
Tingkatan Enam. Kombinasi baju dan jambangan bunga menunjukkan kesesuaian
dengan hari tersebut. Tempat dan masa mempunyai latar yang
bersesuaian antara satu sama lain.
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Alam semula jadi
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas jelas
menunjukkan elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini dikaitkan dengan tema yang
dibincangkan. Dengan latar belakang pokok nyior yang tinggi rampai dan banyak
dapat menunjukkan keindahan alam semula jadi serta memukau audiens yang melihat
gambar tersebut.
ELEMEN
: Kesesuaian
TEMA
: Pelajar
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN
: Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar perempuan yang sedang berada di
makmal komputer. Gambar ini juga memfokuskan bahawa pelajar tersebut sedang
tekun menelaah buku sambil jarinya menaip ini pad kekunci komputer. Gambar ini
jelas menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang tekun membuat kerjanya dan
elemen kesesuaian dapat ditunjukkan dalam gambar ini.
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Kehidupan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut
menunjukkan seorang individu yang memakai pelitup muka. Hal ini dikatakan
demikian kerana dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Bagi Langkah
berjaga-jaga, individu tersebut telah memakai pelitup muka ketika berada di
lokasi tumpuan orang ramai. Hal ini telah menunjukkan bahawa aksi atau tindakan
individu tersebut adalah sesuai dengan latar tempat dan waktu.
ELEMEN
: Kesesuaian
TEMA
: Ketenangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut
menunjukkan orang ramai sedang duduk dan berbual sambil menikmati minum petang
di sebuah kafe. Gambar berkenaan merangkumi elemen kesesuaian. Hal ini demikian
kerana perbuatan minum kopi dan menikmati minum petang merupakan perbuatan yang
bersesuaian untuk dilakukan dalam situasi diatas. Di mana situasi tersebut
melibatkan latar tempat iaitu sebuah kafe yang merupakan tempat untuk bersantai
dan menikmati minuman serta makanan.
Carta Organisasasi Elemen Kesesuaian
Ketua : Akma 203935
Penolong : Hidayah
203937
Editor : Hapizah
2033936
Penolong Editor 1 :
Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 :
Anis 203012
Penolong Editor 3 :
Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah
203943
AJK Multimedia :
Hayati 203007
AJK Emel : Adreana
204113
AJK Semakan : Vivian
202967
No comments:
Post a Comment