Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS-DIEZ

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! Tugasan video kali ni berkaitan dengan video fokus pulak. Tapi video fokus tu camna ? Fokus kat muka jeke ? Ha, tak sebenarnya! Meh sis bagitau apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan video fokus. 

Video fokus adalah video yang memberi tumpuan pada satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita dan membuatkan penonton berfikir. Video fokus ni tak melibatkan wajah tau, dan memerlukan penyuntingan yang baik supaya video tersebut jelas dan mudah difahami.  

Dah faham apa tu video fokus ? Jom sama2 kita tonton video fokus kumpulan DIEZ



Link YouTube:
https://youtu.be/YUXneRu0KrE

Dah tengok video fokus kami ? Haaa cuba teka apa yang kami cuba fokuskan dalam video nie 😉😉
JAWAPAN : WANG KERTAS !
Alaaa sis x bagitau jwpn pon kamu orang dh tahu kan.😊

Idea untuk membuat video fokus yang berfokus pada duit ni adalah idea daripada Anis dan dipersetujui oleh kesemua ahli Diez sebab kami sedar betapa bernilainya wang kertas rm 50, dan betapa bernilainya jugak kasih sayang ibu dan bapa....
Hebat kan Anis berlakon? Boleh jadi pelakon tersohor ni. Anis kalau pergi audition nk jadi pelakon, sis sendri akan pergi sokong bawak banner bersorak dari luar 😉😂✌

TERIMA KASIH juga untuk semua penonton video fokus kami nie.💓💓


No comments:

Post a Comment