Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

 Assalamualaikum Hai semuaaa...

    Selain daripada video dokumentari yang perlu dihasilkan, kami juga perlu menghasilkan satu video setempat~ ya... individu ~. Untuk pengetahuan semua video setempat ialah video yang dirakam oleh seseorang individu yang memegang sendiri kameranya di tempat yang sama.

                    Yang paling penting jari/hand gesture pemilik kamera mesti nampak dalam video tersebut. heheheheh ๐Ÿ˜‰ dan video yang dihasilkan adalah secara random je, ala-ala vlogger tp random hahahahaha


Video yang dihasilkan adalah mengenai new born baby car seat. yang tgh mengandung or sdara ada yang mengandung bleh la tonton video nie, sis buat ala-ala promote barang tu ๐Ÿ˜Š

Jom sama-sama kita tonton , oh jangan lupa like yaa๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰



Link Youtube :

https://youtu.be/RfJyhOoQk1Y


Haaa sekarang sis nk bagitau camna sis record video nie. Penat gak la otak ni duk fikir nak record apa laa , kat rumah ni mana ada barang menarik selain jajan yang dibeli dari mydin tu ๐Ÿ˜‚

        Okay, nak dijadikan rezeki sis, barang kakak sis yang pregnant sampai ptg tu, dia order car seat. so apalagi, mentol lampu menyala laa kt kepala sis ni nk record video setempat. malam tu apalagi, sdiakan kamera, sdiakan barang, idea nk buat ala-ala promote barang pdhal sblom2 ni xpnah pon promote brg apa2. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

        Okay mula-mula pasang kamera (pegang kat tangan je), pastu sediakan barang nk fokus tu kat tempat lapang ( macam la rumah bsr padang bola ๐Ÿ˜† ), pastu kita start record dr la luar kotak, keluarkan barang (baby car seat) sampai lah harga, warna, kelebihan semua tu. Agak-agak kalau penjual tu tengok sis, maybe next year boleh dpt free kot car seat tu.๐Ÿ˜  Maka terhasillah video setempat sis๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ


P/S: Video setempat tu merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam mempunyai suara latar yang merupakan suara individu perakam atau dirakam. Selalunya video setempat digunakan untuk dimasukkan ke dalam Istagram story.


RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Bukti kehadiran:






No comments:

Post a Comment