Tuesday, April 20, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

 Dilema Pengembara


Kredit: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

Link Youtube: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o





Rancangan Sembang Tamu merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertajuk 'Dilema Pengembara' dari Dr. Siti Nur Aliaa Roslan yang mana merupakan seorang pensyarah di Infrastructure University di Kajang, Selangor. beliau telah mula mengembara semasa masih kecil, iaitu setiap cuti hujung tahun, mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pada umur 16 tahun, Dr. Siti Nur Aliaa telah mengembara ke luar negara kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Dalam rancangan ini Dr. juga menceritakan pengalaman beliau yang telah mengembara ke 21 negara. Mengikut pandangan beliau, mengembara tidak berlau bila seseorang pergi ke luar negara tetapi kita juga boleh mengembara di mana-mana sahaja. Tujuan mengembara adalah tujuan untuk mendapatkan ilmu baharu yang juga keluar dari zon selesa yang melibatkan perubahan budaya dan sebagainya. Mengembara juga bertujuan untuk mengenal perkara-perkara baharu seperti bahasa, makanan dan sebagainya yang menarik dalam mengeratkan diri dengan orang yang kita tujui.
Banyak lagi tips yang Dr. Siti Nur Aliaa kongsikan dalam program Sembang Tamu tu.

Terima Kasih 😚😚










No comments:

Post a Comment