RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
1. BILANGAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF, KATA KATA NAMA, KATA GANTI NAMA, KATA SENDI, KATA ARAHAN DAN KATA TANYA
Kata/ Cerita Sosial |
Cerita Sosial 1: Nenek dan datuk |
Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa |
Cerita Sosial 3: Keluarga saya |
Cerita Sosial 4: Hati |
Cerita Sosial 5: Jiran |
Kata Nama |
Alim - 46 Nenek dan datuk- 14 Ibu- 3 Bapa- 3 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Melaka- 1 Reban- 7 Ayam dan itik- 10 Kampung- 5 Rumah- 5 |
Alim - 30 Ibu- 14 Bapa- 7 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Sulaiman- 12 Jiran- 2 Rumah- 5 Buah-buahan - 5 Buah rambutan- 2 Buah manggis- 4 Buah duku- 1 Buah langsat- 1 Buah durian - 1 Pasar tani- 1 |
Alim - 43 Ibu- 16 Bapa- 6 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 4 Jiran- 2 Rumah- 5 Keluarga- 7 |
Alim - 40 Nenek- 1 Ibu-10 Bapa- 1 Kak Madinah- 1 Abang Imran- 1 Aisyah- 1 Guru besar- 1 Rakan- 6 Sekolah 5 Jiran - 1 Kek cawan- 5 Sayur bayam- 1 |
Alim - 36 Ibu- 5 Bapa- 2 Kak Madinah- 4 Abang Imran- 6 Aisyah- 4 Sulaiman- 7 Klinik- 1 Jiran- 3 Buku- 10 |
Kata Ganti Nama |
Mereka- 3 |
Dia- 2 Kita- 4 Kamu- 1 -nya - 4 |
Dia- 2 Saya- 9 Kami- 1 Mereka- 2 -nya - 1 |
Tiada |
Dia- 3 Saya- 1 Kamu- 1 Mereka- 5 -nya - 1 |
Kata Adjektif |
Hairan- 1 Keliru- 1 Marah - 1 Sedih- 3 |
Sedih- 3 Tersenyum- 2 Gemar- 1 Baik- 8 |
Ketawa- 1 Tersenyum- 5 Baik- 1 Sayang- 3 Rindu- 2 Penyayang- 1 Rajin- 2 Tersengih- 1 Sabar- 1 |
Tersenyum- 1 Rajin- 1 Pandai- 5 Bangga- 1 Suka- 1 Baik hati- 1 |
Sedih- 2 Tersenyum- 1 Gembira- 1 Suka - 1 Pemurah- 2 Sakit- 3 Kaku- 1 Sembuh- 2 Sihat- 2 |
Kata Kerja |
Pulang- 1 Bermain- 1 Mengeluarkan- 1 Menangis- 8 Mengangkat- 1 Berjalan- 1 Berdiri- 1 Menonton- 2 Menolong- 1 |
Menolong- 1 Membawa- 1 Membeli- 3 Panggil- 1 Melompat-lompat - 1 Berkongsi - 4 Mengasingkan- 1 Mengambil- 1 Memberikan- 1 Menyapu- 1 Memandang- 1 |
Bermain- 1 Berjalan- 1 Menolong- 6 Mengutip- 1 Mengemas- 1 Menyimpan- 1 Menyapu- 2 Memegang- 2 Memujuk- 1 Belajar- 2 |
Membawa- 3 Berkongsi- 2 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Belajar- 1 Beritahu- 1 Mengusap-usap - 1 Memakai- 1 Mengajar- 3 Membeli-3 Membayar-2 Duduk-1 |
Menangis- 2 Membawa- 1 Berkongsi- 3 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Menyusun- 2 Membaca- 2 Melambai-lambai - 1 |
Kata Sendi |
Ke - 6 Di - 16 Untuk - 2 Dari - 3 Kepada - 1 Daripada - 1 |
Ke - 9 Di - 2 Dari - 2 Kepada - 4 Pada - 1 |
Ke - 7 Di - 6 Untuk - 9 Kepada - 2 |
Ke - 6 Di - 5 Untuk - 9 Kepada - 2 Daripada - 1 Pada - 1 |
Ke - 3 Di - 3 Kepada - 1 Pada - 1 Tentang - 1 |
Kata Arahan |
Tiada |
Mari - 1 Jangan - 1 |
Mari - 1 Tolong - 1 |
Tiada |
Tiada |
Kata Tanya |
Kenapa - 1 Apa - 1 Di mana - 1 |
Kenapa - 1 Di mana - 1 |
Bagaimana - 3 Apa - 1 |
Kenapa - 1 |
Kenapa - 1 |
2. PERBANDINGAN ANTARA 5 CERITA SOSIAL
CERITA SOSIAL 1 : Nenek dan Datuk
LATAR
MASA |
LATAR
TEMPAT |
LATAR
MASYARAKAT |
WATAK
PERWATAKAN |
SINOPSIS
CERITA |
·
30 minit
perjalanan pulang ke kampung. |
·
Reban ayam
(Tempat Alim bermain dengan ayam dan itik peliharaan
datuk dan nenek)
·
Ruang tamu rumah
datuk dan nenek
(Tempat Alim dan adik beradiknya yang lain menonton
televisyen)
·
Kereta
(Tempat ayah, kak Madinah, abang Imran, mengambil beg
dan Aisyah mencari mainannya)
·
Dapur
(Tempat Alim dan adik beradiknya bergelak ketawa)
|
·
Masyarakat yang
penyayang dan berkasih sayang
·
Masyarakat yang
bertanggungjawab
·
Masyarakat yang
tinggal di Kampung.
·
Masyarakat yang
berkeluarga
|
·
Alim - Merupakan seorang kanak-kanak yang penyayang yang sangat sayang akan
keluarganya dan juga haiwan peliharaan atuk dan neneknya iaitu ayam dan itik.
·
Ibu - Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, seperti Alim,
ibu juga merupakan seorang yang penyayang, lemah lembut dan mempunyai nilai
keibuan yang tinggi. Ibu sangat sayang akan anak-anak serta keluarganya.
·
Ayah - Merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab
terhadap keluarganya. Ayah juga merupakan seseorang yang sangat menekankan
nilai kekeluargaan yang tinggi.
·
Abang Imran - Merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut. Imran
merupakan abang yang bertanggungjawab terhadap adik beradiknya.
·
Kak Madinah - Merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik tersebut.
Madinah merupakan seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya
dan adik-beradiknya
·
Aisyah - Merupakan anak bongsu dalam keluarga. Namun begitu
aisyah merupakan seseorang yang sangat bertolak ansur.
·
Nenek - Merupakan seorang yang sangat lemah lembut dan
penyayang terhadap anak dan cucunya.
·
Datuk - Merupakan seorang yang penyayang terhadap anak dan
juga cucunya. |
·
Cerita sosial 1
iaitu nenek dan datuk mengisahkan tentang Alim dan keluarganya yang pulang ke
kampung halaman mereka yang terletak di Kajang, Selangor. Alim sangat teruja
dengan perjalanan pulang ke Kampung ini kerana dia tidak sabar untuk bermain
dengan itik dan ayam peliharaan datuk dan neneknya kerana Alim merupakan
seorang yang sukakan haiwan. Setibanya di Kampung selepas 30 minit
perjalanan, kegembiraan Alim berubah apabila dia mendapati reban ayam dan
itik itu sudah tiada. Alim merasa begitu sedih sehingga dia tidak dapat
menyorokkan kekecewaannya itu. Alim kemudiannya menangis teresak-esak. Nenek
yang sedari akan kejadian itu, kemudiannya menenangkan alim dan memujuknya
dengan memimpin tangan Alim dan mereka menuju ke suatu tempat. Tempat
tersebut merupakan reban ayam dan itik yang baru. Ayam dan itik yang
disangkakan telah hilang oleh Alim, rupanya telah dipindahkan oleh datuk dan
nenek ke reban yang baru. Emosi Alim daripada sedih terus berbah menjadi
gembira. Kegembiraan Alim kemudiannya dapat dilihat apabila dia bergelak
ketawa Bersama adik beradiknya di dapur. |
LATAR MASA |
LATAR TEMPAT |
LATAR MASYARAKAT |
WATAK PERWATAKAN |
SINOPSIS CERITA |
Pada hari Ahad yang lalu, … - Bapa membeli buah-buahan di pasar tani pada hari Ahad yang lalu. |
1.Pasar tani : Bapa membeli buah-buahan dari pasar tani
pada hari Ahad yang lalu.
2. Rumah : Bapa menyuruh Abang Imran memanggil Kak
Madinah, Alim, Aisyah dan ibu untuk makan buah-buahan bersama-sama.
3. Rumah Sulaiman : Alim pergi ke rumah Sulaiman untuk
berkongsi buah-buahan yang dibeli bapa. |
1. Masyarakat yang suka berkongsi
2. Masyarakat yang bertanggungjawab
3. Masyarakat yang penyayang
4. Masyarakat yang mementingkan kebersihan |
1. Alim : Seorang kanak-kanak yang sayangkan
keluarganya dan suka berkongsi sesuatu dengan semua orang.
2. Bapa: Seorang yang bertanggungjawab dan sayang akan keluarganya.
3. Ibu: Seorang wanita yang baik hati, penyayang dan
pembersih.
4. Abang Imran: Seorang abang yang bertanggunjawab dan sentiasa
menjaga adik-adiknya dengan baik.
5. Sulaiman: Seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan
rumah Alim, dan merupakan kawan baik Alim.
6. Mak Cik Timah: Ibu kepada Sulaiman dan seorang yang
penyayang dan baik hati. |
Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang seorang
kanak-kanak yang bernama Alim. Alim suka berkongsi apa sahaja yang
dimilikinya dengan orang lain kerana dia belajar yang berkongsi itu adalah
perkara yang baik. Pada hari Ahad yang lalu, bapa membeli buah-buahan dari
pasar tani untuk dimakan bersama di rumah. Ketika sedang makan bersama, Alim
meminta izin dari ibu untuk memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu
membenarkan Alim untuk berkongsi buah-buahan kerana sifat berkongsi adalah
sifat yang baik. Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah memberi buah-buahan
kepada Sulaiman, Ali terserempak dengan Mak Cik Timah (ibu Sulaiman). Mak Cik
Timah memuji sikap Alim yang baik hati dan suka berkongsi dengan orang lain.
Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan tersebut
kepada Sulaiman. Alim pulang ke rumah dengan rasa gembira kerana dia dapat
berkongsi rezeki dengan orang lain. |
LATAR MASA |
LATAR TEMPAT |
LATAR MASYARAKAT |
WATAK PERWATAKAN |
SINOPSIS CERITA
|
1. Setiap hari, adik-beradik
Alim akan menolong untuk membuat kerja rumah
2. Setiap hari, Alim
cubamemahami kerja seharian di rumah. |
1. Rumah: Tempat tinggal
Alim dan keluarganya
2. Dapur: Tempat untuk makan
dan memasak Alim dan keluarganya. |
1. Masyarakat yang rajin
2.Masyarakat yang saling
tolong-menolong
3.Masyarakat yang bersabar
4.Masyarakat yang penyayang
|
1. ALIM Seorang kanak-kanak yang
berusia 9 tahun, periang, baik hati, suka menolong ibu bapa dan sayang akan
keluarganya.
2. BAPA Bapa bernama Ismail, seorang
yang bertanggujawab dalam mendidik anak-anak dan penyayang.
3. IBU Ibu bernama Kamilah, seorang
yang lemah-lembut, sopan-santun dan penyayang akan keluarganya.
4. ABANG Abang bernama Imran,
merupakan anak sulung, sangat bertanggujawab dan saling tolong-menolong.
5. KAKAK Kakak bernama Madinah,
rajin, selalu mengajar Alim untuk mengemas rumah, baik hati dan rajin.
6. ADIK PEREMPUAN Adik perempuan yang bernama
Aisyah dan seorang periang. |
Cerita Sosial 3 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang
bernama Alim dan keluarganya. Alim sangat sayang akan keluarganya. Pada
setiap hari, Alim dan adik-beradiknya akan menolong ibu bapa untuk mengemas
rumah. Abang dan kakak mengajar Alim untuk menyapu sampah dengan betul.
Kadang-kala, Alim gagal untuk menggunakan penyapu dengan betul dan
menyebabkan dia berasa sedih. Akhirnya, Ibu mengajar Alim dengan betul.
Setiap hari, Alim cuba memahami kerja mengemas rumah dan belajar bersabar
serta menjadi rajin. Kini, Alim pandai mengemas rumah dan dia sangat
sayangkan keluarganya. |
LATAR
MASA |
LATAR
TEMPAT |
LATAR
MASYARAKAT |
WATAK
PERWATAKAN |
SINOPSIS
CERITA |
1. Semalam, ibu
beritahu hari ini hari lahir Alim.
2. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah
sendiri.
3. Hari ini hari lahir Alim
4. Minggu lepas Cikgu Anis membawa Alim dan rakan-rakan
ke pasar tani. |
1. Sekolah: Tempat belajar bagi Alim dan rakan-rakan,
serta tempat kerja bagi cikgu Anis dan guru-guru lain.
2. Kelas: Tempat Alim dan rakan-rakan belajar.
3. Pasar tani: Tempat Alim, rakan-rakan dan cikgu Anis
melawat yang menjual sayur-sayuran dan makanan laut.
|
1. Masyarakat yang berkongsi
2. Masyarakat yang baik hati
3. Masyarakat
yang hormat menghormati
4. Masyarakat yang berterima kasih
5. Masyarakat yang berkasih sayang
|
1. Alim Seorang kanak-kanak yang baik hati, ceria, sayang akan
keluarganya dan bercita-cita tinggi.
2. Ibu Seorang wanita yang baik hati, lemah lembut, penyayang
dan bertanggungjawab.
3. Bapa Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang akan
keluarganya.
4. Cikgu Anis Seorang guru
yang baik hati, penyayang dan prihatin.
|
Cerita Sosial 4 ini mengisahkan tentang seorang
kanak-kanak yang bernama Alim. Hari ini merupakan hari lahir Alim. Semalam,
ibu sudah memaklumkan kepada Alim bahawa hari ini hari lahir Alim. Sebelum ke
sekolah, Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak
Madinah dan Aisyah. Ibu bangga dengan Alim kerana Alim sudah pandai dan boleh
menjaga diri sendiri. Hal ini kerana di sekolah Cikgu Anis selalu mengajar
Alim dan rakan-rakannya untuk menjaga diri dan nilai-nilai murni yang lain
seperti menghormati orang tua, menunduk apabila berjalan di hadapan orang
tua, mengucapkan terima kasih dan mengucapkan selamat pagi kepada guru besar
dan cikgu lain. Oleh kerana hari ini merupakan hari lahir Alim, Alim
berkongsi kek cawan yang dibawa dari rumah kepada rakan-rakannya. Rakan-rakan
Alim mengucapkan terima kasih dan Cikgu Anis mengucapkan selamat hari lahir
kepada Alim. Alim suka Cikgu Anis kerana Cikgu Anis merupakan seorang guru
yang baik hati dan Alim mahu belajar bersungguh-sungguh serta menjadi seorang
guru seperti Cikgu Anis.
|
LATAR
MASA |
LATAR
TEMPAT |
LATAR
MASYARAKAT |
WATAK
PERWATAKAN |
SINOPSIS
CERITA |
1. Pada waktu
petang dan malam, Alim akan membaca buku.
2.Selang beberapa minggu, Alim pun sihat |
1.Klinik: Tempat Alim
mendapat rawatan kerana Alim jatuh sakit. 2.Pagar rumah:
Tempat Alim menyerahkan buku cerita kepada Sulaiman.
|
1. Masyarakat
yang suka berkongsi.
2.Masyarakat yang
suka membaca buku.
3.Masyarakat yang
penyayang.
|
1. Alim Seorang
kanak-kanak yang sangat ceria, baik hati, pemurah dan penyayang.
2. Sulaiman Seorang
kanak-kanak yang merupakan jiran kepada Alim serta berperwatakan baik hati,
pemurah dan suka berkongsi.
3.Ibu Seorang wanita
yang sangat penyayang dan bertanggungjawab menggalas tugas sebagai ibu serta
merupakan ibu kepada Alim
4.Abang Seorang abang
yang prihatin terhadap kesihatan adiknya.
5.Kakak Seorang kakak
yang prihatin terhadap kesihatan adiknya.
6.Adik Seorang adik yang
prihatin dan penyayang terhadap kesihatan abangnya.
|
Cerita sosial 5 mengisahkan tentang Alim merupakan seorang
kanak-kanak mengemari membaca buku. Buku tersebut diberi oleh bapa, ibu,
kakak dan abang. Buku-buku tersebut akan disusun mengikut abjad. Alim berasa
amat gembira mendapat banyak buku. Alim juga suka berkongsi buku ceritanya
kepada jirannya, Sulaiman. Alim dan Sulaiman sering berkongsi apa yang mereka
ada. Mereka tidak lokek antara satu sama lain. Pada suatu hari, Alim jatuh
sakit dan dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Abang,
kakak, adik berasa sedih apabila melihat Alim terlantar sakit. Mereka berdoa
agar Alim segera sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Alim pun
hidup seperti sedia kala kembali membaca buku dengan abang, kakak, dan
adiknya. |
Judul
|
Teks |
Tema |
Sampel/Bahan |
Jenis |
Nenek dan Datuk |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim
|
Penceritaan |
Saya yang Istimewa
|
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa,
Imran, Madinah, Aisyah, Alim
|
Penceritaan |
Keluarga |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim
|
Penceritaan |
Hati |
Cerita pendek |
Kemasyarakatan |
Ibu, cikgu, Alim,
rakan-rakan
|
Penceritaan |
Jiran |
Cerita pendek |
Kejiranan |
Ibu, Madinah, Imran, Aisyah, Sulaiman, Alim
|
Penceritaan |
KONTEKS DALAM CERITA SOSIAL
Judul |
Tatabahasa |
Latar |
Emosi |
Nenek dan Datuk |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Kampung nenek dan datuk. |
Gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati |
Saya yang Istimewa |
Penggunaan kata dan ayat yng mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, puas hati, sedih |
Keluarga |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, resah |
Hati |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Sekolah, rumah, jiran |
Gembira |
Jiran |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu bapa dan jiran |
Gembira, simpati, ambil berta, sedih |
Tajuk Cerita Sosial |
Andaian |
Keluarga Saya |
-
Cerita ini
memerihalkan mengenai keluarga Alim, seorang budak lelaki berumur 9 tahun.
Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik Alim. Keluarga
Alim memastikan bahawa Alim kenal setiap ahli keluarga. Perkara ini jelas
apabila Alim menyebut setiap ahli keluarga sambil menunjuk dengan jarinya ke
arah gambar yang terletak pada dinding rumah. Alim sentiasa ingat nama mereka
kerana nilai kasih sayang dalam keluarga Alim telah diterapkan sejak awal
lagi supaya setiap ahli keluarga dikenali dengan nama dan wajah mereka. -
Alim merupakan
seorang anak yang suka menolong membuat kerja rumah kerana diajar sejak kecil
untuk mengemas permainan. Bukan sahaja Alim, tetapi adiknya Aisyah juga
diajar untuk mengemas setelah bermain walaupun kadangkala Aisyah terlupa,
tetapi dia selalu melihat Alim membuat perkara tersebut dan mengikutinya.
Alim seorang kanak-kanak istimewa tetapi mempunyai daya ingatan lebih kuat
berbanding Aisyah. -
Ibu selalu memuji
Alim untuk memberikan motivasi kepada Alim dan untuk mengingatkan Alim untuk
membuat perkara-perkara yang baik. -
Alim bersifat
selalu ingin belajar. Alim belajar menyapu sampah daripada Abang Imran dan
Kakak Madinah. Kedua-dua kakak dan abang Alim menunjukkan nilai baik hati,
bertanggungjawab dan tolong menolong kerana mereka tahu bahawa Alim seorang
adik istimewa dan perlu diberikan contoh teladan yang baik. -
Kasih sayang ibu
terhadap Alim terserlah kerana ibu sentiasa menunjukkan nilai kasih sayang
dalam diri Alim. Ibu selalu memujuk Alim apabila Alim berasa keliru, resah
dan kecewa. Nilai kesabaran dalam diri ibu memberikan ruang kepada Alim untuk
mencuba perkara baharu. -
Alim sentiasa
berusaha setiap hari walaupun kadangkala berjaya dan juga gagal. Alim
berusaha dengan pertolongan ahli keluarganya. Walaupun Alim tidak tahu erti
sabar dan rajin, dia telah menunjukkan nilai tersebut dalam dirinya |
Nenek dan Datuk |
-
Cerita ini
memerihalkan mengenai Alim dan keluarganya yang pulang ke kampung. Alim
kelihatan gembira dan tidak sabar untuk bermain dengan binatang ternakan
nenek. Hal ini jelas apabila setiba di kampung, Alim pertama sekali mencari
binatang ternakan neneknya itu namun, Alim kelihatan resah apabila tidak
berjumpa dengan binatang yang dicari. -
Alim tidak tentu
hala emosinya. Alim sedih, marah dan menangis kerana tidak tahu mengapa ayam
dan itik tidak ada di kampung.
“ Alim buat apa di sini?” “Ayam dan itik tidak ada!” Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tidak aada di dalam reban. Alim
sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih. Alim menangis “ Alim, tengok tu,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam
dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri
di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama. “ kenapa ayam dan itik tinggal di sana?,” tanya Alim keliru. Alim
berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim
tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang
berdiri di sebelah Alim.
-
Perbualan antara
Alim dan nenek serta datuknya menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan
rujukan. Soalan “Alim buat apa di sini” dan “kenapa ayam dan itik tinggal di
sana” kedua-duanya jelas menunjukkan bahawa nenek dan datuk serta Alim
menginginkan kepastian -
Soalan yang
ditanyakan oleh nenek adalah untuk mendapatkan kepastian tentang mengapa Alim
menangis kerana mungkin mereka beranggapan bahawa Alim sakit ataupun lapar
sehingga menangis. -
Alim pula masih
tidak faham dan masih sedih dengan keadaan tersebut dan beranggapan bahawa
ayam dan itik sudah mati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Alim sangat menyayangi binatang tersebut lalu dia
menangis kerana kecewa. Namun, setelah mendapat jawapan tentang ayam dan
itik, Alim gembira semula dan pergi bermain dengan ayam dan itik dan
meninggalkan datuk dan nenek yang berdiri di sebelahnya. -
Alim mempunyai
kedaan dan perasaan yang tidak stabil, iaitu dia akan keliru pada bila-bila
masa sahaja. Dia tidak akan berpuas hati jika satu-satu perubahan itu
berlaku. Sebagai contohnya, Alim keliru apabila keadaan dan susunan perabot
dirumah nenek dan datuk tampak berlainan daripada sebelumnya. Perasaan Alim
menjadi sedih dan dia terus menangis. -
Nenek dalam
cerita ini berperwatakan lemah lembut dan penyayang. Nenek akan cuba memujuk
alim dengan bercerita secara terperinci tentang setiap perabot dalam rumah
tersebut. Sejajar dengan itu, ibu bapa Alim juga turut membantu Alim dalam
setiap keadaan. -
Cerita ini jelas
menujukkan kasih sayang dalam keluarga Alim. Buktinya, walaupun emosi Alim
kadangkalanya tidak menentu, mereka tetap melayan gelagat Alim dan mereka
senytiasa kelihatan gembira.
|
Saya yang Istimewa |
-
Dalam cerita ini,
jelas sekali dapat dilihat bahawa bapa Alim merupakan seseorang peribadi yang
sangat sayang akan anak-anaknya. Bapa tahu akan buah-buahan kesukaan
anak-anak lalu dia membeli banyak buah-buahan tersebut di pasar tani. Peranan
seorang bapa jelas menunjukkan bahawa dia mempunyai nilai sosial
bertanggungjawab dan penyayang. -
Persoalan “di
mana beli buah-buahan ini bapa?” oleh abang Imran merujuk kepada buah-buahan
yang dilihat olehnya. Bapa pula memberikan jawapan yang jelas iaitu di pasar
tani. Bapa menunjukkan nilai keadilan apabila dia menyuruh Imran untuk
memanggil ibu serta adik-adiknya yang lain untuk menikmati buah-buahan itu
bersama-sama. Imran juga menunjukkan nilai ingin berkongsi. -
Mereka sekeluarga
menikmati buah-buahan yang dibeli oleh bapa. Alim ingin berkongsi buah-buahan
tersebut dengan jiranya Sulaiman. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa ibu
pernah mengajar Alim tentang nilai berkongsi. Alim juga jelas masih ingat
tentang nasihat ibu dan bapa untuk berkongsi apa juga makanan atau barang
dengan orang lain. Nilai baik hati terserlah dalam perbuatan Alim. -
Alim seorang yang
baik hati. Dia telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Sulaiman
kelihatan sangat gembira lalu mengucapkan terima kasih kepada Alim. Hal ini
jelas membuktikan bahawa Sulaiman mempunyai pekerti yang baik. Sifat Alim
yang suka berkongsi dan tidak tamak merupakan nilai sosial yang diperlukan
untuk mengeratkan hubungan antara jiran. -
Alim dan
adik-beradiknya mempunyai nilai tolong-menolong. Nilai ini jelas terserlah
dalam diri Alim apabila dia juga membantu membuang sampah ke dalam tong
sampah besar di luar rumah. Nilai yang diterapkan oleh ibu bapa dalam
keluarga ini boleh dilihat sebagai satu nilai yang amat berharga supaya
mereka menolong orang lain jika diperlukan. -
Alim juga diajar
untuk bertegur sapa dengan orang yang lebih dewasa. Perbuatan ini baik dan
menunjukkan sikap hormat menghormati dengan orang yang lebih tua. Sebagai
contohnya, semasa Alim membuang sampah, dia telah bertegur sapa dengan ibu
Sulaiman. Perbualan mesra antara mereka berkemungkinan kerana mereka sudah
lama kenal. -
- alim
menunjukkan nilai ambil berat apabila Alim bertanya kenapa mak cik Timah
sedih selepas melihat raut wajah sedih mak cik Timah. Malah, Alim juga
bertanyakan hal ini supaya dia dapat membantu mak cik Timah tersenyum semula.
|
Hati |
-
Alim mempunyai
hubungan dengan orang lain selain keluarganya. Ibu dan bapa menghantarnya ke
sekolah supaya dia pandai bersosial dengan orang lain. -
Cerita tentang
Alim meyambut hari lahirnya di sekolah telah memberikanya ruang untuk bergaul
dengan kawan-kawan yang lain. Walaupun Alim tidak faham makna hari lahir, dia
tetap berterima kasih kepada ibu kerana menyediakan kek cawan tersebut. -
Tindakan ibu
menunjukkan bahawa ibu mengambil berat akan diri Alim. Nilai tanggungjawab
dalam diri ibu Alim memberikan Alim peluang untuk mempelajari segala sesuatu
dengan baik. -
Cerita ini juga
memerihalkan penglibatan guru yang mengajar Alim. Guru tersebut kelihatan
pakar dalam kanak-kanak istimewa kerana dia lebih tahu cara da strategi
pembelajaran yang baik. Nilai tanggungjawab seorang guru terpapar apabila
guru tersebut kelihatan sabar dan bertanggungjawab mengajar dengan ikhlas. -
Cikgu Anis juga
memberikan kesedaran tentang nilai menghormati orang tua. Beliau merupakan
seorang guru yang ikhlas dan jujur dalam memberi pengajaran yang jelas. |
Jiran |
-
Cerita ini
memerihalkan Alim, keluarga dan jiranya, Sulaiman. Alim gemar berkongsi
dengan Sulaiman. Misalnya, Alim berkongsi bukunya dengan Sulaiman. Perbuatan
ini jelas menunjukkan bahawa Alim jelas sekali menggambarkan nilai baik hati,
ikhlas dan jujur dalam dirinya. Alim menjelaskan kepada sulaiman tentang
pengisian buku tersebut dan memberikan buku itu kepada Sulaiman. Sulaiman
mengucapkan terima kasih kepada Alim setelah mendapat buku tersebut. -
Alim tidak sihat
dan jatuh sakit namun tidak tahu cara untuk memberitahu ibu dan bapanya dan
hanya berdiam diri dan tidak pernah merungut. Hal ini menimbulkan kerisauan
dalam keluarga mereka. Mereka semua sedih dengan keadaan Alim. Kemungkinan
juga mereka tertanya-tanya bilakah Alim akan sihat dan mengapakah Alim selalu
sakit. -
Nilai kasih
sayang dalam keluarga ini membuatkan mereka menangis setiap kali Alim jatuh
sakit. -
Cerita ini
diakhiri dengan Alim semakin sihat. Semua ahli keluarga gembira semula kerana
Alim sudah mula membaca buku cerita. Ahli keluarga yakin bahawa Alim akan
sembuh juga. Malah Alim kelihatan melambai-lambai tanganya kearah Sulaiman. |
No comments:
Post a Comment