Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang
Nota : Mug Shot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan kepada bahagian muka. Mug shot diambil bertujuan untuk mempamerkan raut wajah dan emosi secara lebih terperinci. Cara ini biasanya digunakan oleh para wartawan, dan gambarnya juga digunakan sebagai gambar kad pengenalan atau passport dan lain-lain lagi.
Model : Nur Adilla Che Akim (201848)
1. Emosi : Gembira
HURAIAN : Daripada gambar diatas, dapat dilihat bahawa model tersebut menunjukkan reaksi muka gembira dikukir oleh model. Hal ini dapat dilihat melalui riak wajah dan senyuman yang berbeza yang dipamerkan.
2. Emosi : Sedih
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan model sedang menunjukkan perasaan sedih. Hal ini dapat dilihat melalui reaksi sedih yang cuba diluahkan oleh model, dan beberapa titisan air mata juga menunjukkan bahawa model dalam keadaan pilu.
3. Emosi : Takut
HURAIAN : Gambar diatas merujuk kepada model yang sedang dalam ketakutan. Riak muka takut yang ditunjukkan oleh model tersebut mungkin kerana seseorang sedang mengganggunya atau juga boleh diklasifikasikan sebiji bola dilemparkan ke arah mukanya dan menyebabkan model berasa takut. Riak wajah takut juga boleh diekpreskan semasa menonton cerita seram seperti yang ditunjukkan model ketika menutup sedikit mukanya tapi dapat melihat melalui jari-jemarinya.
4. Emosi : Geram
Huraian : Gambar di atas menggambarkan reaksi model yang sedang geram. hal ini dapat dilihat melalui reaksi yang cuba ditunjukkan oleh model. Geram model boleh juga kerana berasa jengkel dengan sesuatu perkara atau seseorang, atau berasa menyamaph atau geram manja kepada seseorang.
5. Emosi : Marah
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan model yang dalam kemarahan. Hal ini dapat dilihat menerusi pandangan tajam matanya dan juga ekpresi si model yang kemarahan dipamerkan melalui isyarat tanganya menuding kepada seseorang.
6. Emosi : Terkejut
Huraian : Gambar di atas menunjukkan model mempamerkan reaksi terkejut. Reaksi terkejut boleh terjadi apabila seseorang melihat sesuatu yang jarang ditemui, atau terkejut kerana seseorang menerjah mengejutkannya, atau terkejut menerima berita yang tidak disangka.
7. Emosi : Ketawa
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan model sedang ketawa. terdapat perbezaan ketawa yang cuba dipamerkan iaitu ketawa biasa, ketawa sampai menutup mulut, ketawa tidak masuk akal sampaikan pening kepala dan banyak lagi. Reaksi ini selalu terjadi apabila seseorang individu mendengar atau melihat benda lucu.
MANTAP !
ReplyDeletePawel Wasilewski tengok ni habislah.
ReplyDelete