Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ELEMEN ASAS GRAFIK

 

1.      MUDAH

         Elemen mudah ini dapat didefinisikan sebagai pandangan seseorang terhadap sesuatu yang mudah difahami samada dalam bentuk gambaran foto, grafik atau video. Elemen ini juga membolehkan seseorang mudah untuk mentafsir mesej yang cuba disampaikan oleh sesuatu gambaran tanpa sebarang kekeliruan berlaku.

  Contoh: Sekeping gambar sebuah kereta berwarna biru sedang berada di lebuhraya. Dalam gambar ini, seseorang dapat  mudah faham bahawa gambar tersebut menunjukkan sebuah kereta berwarna biru.

 

2.      WARNA

Elemen warna dapat didefinisikan sebagai kombinasi warna atau satu warna yang difokuskan dalam sesuatu gambaran (foto atau video). Sesebuah gambaran grafik seharusnya tidak mempunyai lebih dr tiga warna. Pemilihan warna terpulang kepada objektif yang ingin difokuskan. Tetapi ada juga grafik hanya memerlukan satu warna sahaja dan hal ini juga mengikut objektif yang ingin difokuskan atau disampaikan.

 

            Contoh: Sekeping foto yang menunjukkan sebiji epal berwarna merah yang berada diatas rumput hijau dan belakangnya terdapat juga warna awan biru. Disini dapat dijelaskan bahawa foto ini terserlah tiga warna dan memfokuskan kepada epal, rumput dan awan.

 

3.      TEKS

Teks ada merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam sesebuah penulisan atau persembahan. Penggunaan jenis dan saiz font yang sesuai dititikberatkan bagi bertujuan pemahaman yang sesuai dalam sesuatu grafik atau foto. Kesemua faktor untuk elemen teks grafik perlu diteliti supaya mesej yang disampaikan dengan baik dan jelas. Selain itu, pemilihan warna untuk font itu juga penting dalam sesetengah grafik.

Contoh: Sebuah papan iklan jam tangan dengan teks “Tahan Lasak” memberi persepsi tentang jam tangan tersebut. Oleh itu, saiz teks tersebut mestilah ditulis dengan besar dan menggunakan jenis teks yang menarik dan mudah dibaca oleh pengguna.

 

4.      KESESUAIAN

Kesesuaian dalam grafik dapat didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar masa, tempat dan watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. Setiap latar haruslah bersesuaian dengan tajuk yang akan difokuskan dan berkait antara satu sama lain.

Contoh: Dua mahasiswa sedang duduk bersebelahan di meja di dalam sebuah perpustakaan. Mahasiswa-mahasiswa tersebut sedang memakai baju formal sambil seorang daripadanya membaca buku dan seorang lagi sedang memegang pen untuk menulis. Dengan berlatarkan sebuah perpustakaan, menunjukkan mahasiswa-mahasiswa tersebut sedang mengulangkaji. Terdapat tulisan di atas foto tersebut “Universiti Pilihan”.

 

5.      KESEIMBANGAN

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang foto dalam foto atau video.  Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri dan kanan, atas dan bawah. Samada ruang kosong di sebelah foto dan sebelah lagi padat, atau kosong dan padat sama rata di kedua-dua ruang. Namun, keseimbangan dapat diterima adalah apabila seimbangnya dalam grafik dapat disampaikan dengan baik.

Contoh: Iklan restoran KFC, terdapat sepinggan ayam goreng KFC dan segelas air Coke di ruang kiri gambar, manakala sebelah kanan gambar mempunyai teks “Ayam Goreng Pilihan Anda”. Iklan tersebut berlatarkan warna putih. Disini menunjukkan keseimbangan kerana di sebelah kiri menunjukkan sedikit berat berbanding sebelah kanan kerana penggunaan gambar.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahman (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.







No comments:

Post a Comment