BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-WARNA-INTERNET
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Muzik
RUJUKAN : [Digital image]. (n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.pngegg.com%2Fen%2Fpng-etpbs&psig=AOvVaw3O5gnM-a8_PeBaGR6b5b8q&ust=1617372717436000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIi0z6Sf3e8CFQAAAAAdAAAAABAP
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar peralatan musik seperti gitar, drum dan keyboard. Gabungan warna yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah warna putih, hitam dan kelabu. Kombinasi tiga warna ini amat sesuai dan tidak kelihatan serabut kerana mampu mempamerkan mesej gambar peralatan musik yang ingin disampaikan. Kombinasi yang terbaik bagi elemen warna adalah tidak melebihi daripada tiga warna.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Sukan
RUJUKAN : (2021). Diakses pada
April 2, 2021, daripada Adidas.com website: https://brand.assets.adidas.com/image/upload/f_auto,q_auto,fl_lossy/enMY/Images/originals-ss21-zx-onsites-hp-teaser-carousel-H69037_tcm203-614320.jpg
HURAIAN :
Menerusi gambar di atas kita dapat melihat dengan jelas penggunaan warna yang
dapat menarik perhatian audiens. Gambar di atas menggunakan warna yang tidak
melebihi dari tiga warna. Ini merupakan penggunaan yang bagus berdasarkan
elemen asas iaitu warna. Jika menggunakan warna melebihi dari tiga ianya akan
sedikit sebanyak memberikan keserabutan terhadap perkara yang hendak
difokuskan.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN :
Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/118501033934972279/
HURAIAN :
Gambar di atas menerangkan tentang sebuah ladang strawberi yang luas. Terdapat
ladang yang luas berwarna hijau disertai beberapa pokok. Terdapat juga langit
yang kebiruan bersama beberapa ketulan awan. Terdapat 3 bekas penuh dengan
strawberi yang berwarna merah. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga
warna utama yang menyerlah dan memfokuskan kepada ladang, awan dan
strawberi.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Kecantikan
RUJUKAN :
Kuusniemi, E.-K. (2021). Agent Pekka. Retrieved from https://agentpekka.com/artist/eili-kaija-kuusniemi/\
HURAIAN :
Gambar di atas menampakkan sebuah kombinasi warna yang sesuai. Grafik di atas
juga menepati peraturan elemen warna, di mana ia mengandungi tidak lebih
daripada 3 warna. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej
yang ingin disampaikan iaitu tekstur produk kecantikan yang berjenama Kiehl’s
adalah seperti air atau menyegarkan.
ELEMEN :Warna
TEMA :
Minuman
RUJUKAN :
Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/PzDY3zFYzj8RTymz9
HURAIAN : Berdasarkan gambar di atas, terdapat iklan minuman yang dihasilkan oleh penyunting untuk dipromosi kepada pengguna. Kombinasi warna yang digunakan ialah biru, putih dan merah. Warna ini sangat sesuai dan tidak terlalu padat tanpa mengelirukan pengguna. Warna yang terdapat dalam iklan tersebut mempunyai mesej yang bertujuan untuk menarik minat pengguna supaya membeli.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Automobil/ Pengangkutan
RUJUKAN :
(2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada autoevolution
website: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.autoevolution.com%2Fnews%2Fjust-how-expensive-is-the-2020-jeep-gladiator-compared-to-other-mid-size-trucks-133426.html&psig=AOvVaw224wK-WWgAxeG7ROmETJ7q&ust=1617468352266000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJCBjLCB4O8CFQAAAAAdAAAAABAV
HURAIAN :
Gambar tersebut menunjukkan sebuah kereta jeep berwarna merah sedang parkir di
kawasan pergunungan. Gambar tersebut mengandungi elemen warna. Hal ini demikian
kerana, terdapat tiga warna utama yang cuba ditonjolkan. Warna tersebut ialah
warna merah iaitu warna yang terdapat pada badan kenderaan tersebut, warna
keperangan pada bahagian rumput dan bukit yang menunjukkan ketibaan musim luruh
atau sejuk. Akhir sekali, warna kebiru-biruan yang terdapat pada langit di
bahagian belakang gambar.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Bunga
RUJUKAN :
Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=bunga+&tbm=isch&ved=2ahUKEwi7j9u14d_vAhW-23MBHWobC2oQ2-cCegQIABAA&oq=bunga+&gs_lcp=CgNpbWcQAzIECCMQJzIECCMQJzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDUIKRAViCkQFgv5MBaABwAHgAgAF_iAF_kgEDMC4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=0yhnYPvZJL63z7sP6ras0AY#imgrc=ZnpNkgMEC2IijM
HURAIAN :
Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas penggunaan warna yang
difokuskan iaitu warna kuning bunga matahari. Gambar di atas juga menunjukkan
warna lain iaitu warna hijau untuk dedaun dan warna biru untuk langit. Tetapi
yang difokuskan adalah warna kuning, dan gambar ini menunjukkan penggunaan tidak
melebihi tiga warna dan memberi kefokusan kepada warna kuning.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Minuman
HURAIAN :
Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat iklan Coca-Cola. Dalam gambar
tersebut kita dapat melihat dua tin perasa Coca-Cola. Kita juga dapat melihat
iklan tersebut dengan teks.Gambar ini jelas membuat orang tertarik kerana hanya
memfokuskan kepada tiga warna utama iaitu merah, hitam dan putih.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Keluarga
RUJUKAN :
Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/75013150030722835/
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang berkelah di bawah pokok hijau
yang rendang. Warna latar belakang yang berwarna hijau terang mencantikkan lagi
latar tempat dan ini dapat memfokuskan kepada keluarga tersebut. Pakaian yang
berwarna cerah yang dipakai oleh keluarga tersebut juga sangat bersesuaian.
Warna hijau juga sangat sesuai untuk situasi sekeliling di dalam gambar di
atas. Kombinasi warna yang terdapat dalam gambar di atas juga sangat sesuai dan
tidak melebih-lebih.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN :
(2020). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/B_XNll8nXDU/?igshid=1wzb13q2lrmzv
HURAIAN :
Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi antara tiga warna iaitu warna
hijau, biru dan koko. Gambar tersebut menggambarkan dua buah rumah berwarna
koko dan disertai dengan rumput yang berwarna hijau serta awan berwarna biru di
belakang. Gambar ini menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan
memfokuskan kepada rumah, rumput dan awan. Hal ini dikatakan demikian kerana
grafik yang sempurna mempunyai tiga warna agar mesej yang disampaikan adalah
jelas.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Alam
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar bunga daisy yang bewarna putih dan kuning
yang dikelilingi dengan daun bewarna hijau. Kombinasi warna putih, kuning dan
hijau dalam gambar ini kelihatan sangat cantik dan menenangkan. Gambar ini juga
menunjukkan kecantikan bunga daisy yang ditangkap pada hari yang mendung.
Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan
memfokuskan pada bunga daisy tersebut.
ELEMEN
:
Warna
TEMA
: Kegembiraan
RUJUKAN
:
Gambar sendiri
HURAIAN :
Juru gambar menggunakan teknik asas yang baik ketika mengambil gambar. Elemen
yang digunakan adalah elemen warna bagi memfokuskan gambar individu tersebut.
Dengan latar belakang awan yang kebiruan muda dapat menaikkan seri individu
tersebut. Tambahan pula dengan pemakaian baju berwarna merah menaikkan lagi
serlah individu itu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian
audiens untuk melihat gambar yang diambil.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Minuman
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas merupakan gambar dua cawan minuman yang diletakkan di atas meja
kayu. Cawan dan piring minuman yang digunakan adalah berwarna hijau emerald.
Terdapat juga pokok kecil berwarna hijau cair yang diletakkan sebagai hiasan
diatas meja bersebelahan dengan minuman tersebut. Minuman dan pokok kecil itu
diletakkan diatas meja kayu berwarna coklat. Gambar ini jelas menarik kerana
mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan kepada minuman
didalam cawan, piring, pokok kecil dan meja kayu.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar yang diambil di sebuah
tempat peranginan di Sabah. Terdapat lebih daripada tiga kombinasi warna dalam
grafik tersebut, walau bagaimanapun sesuai dengan keadaannya. Daripada gambar
grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh
penyunting iaitu pemandangan flora dan fauna.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Alam
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di dinding dengan
pantulan cahaya matahari. Cahaya matahari dapat membantu meningkatkan kecerahan
sesuatu gambaran. Kertas yang ditampal di dinding dapat mengisi ruang yang
kosong. Kombinasi warna hijau, putih dan coklat sangat sesuai dan menarik.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Kegembiraan
RUJUKAN :
Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis sedang melalui sebuah rumah yang
dimiliki oleh keluarga berbangsa cina di Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Gambar
tersebut menonjolkan elemennya yang utama iaitu elemen warna. Hal ini demikian
kerana terdapat tiga warna utama dalam gambar itu. Antara warnanya ialah biru
yang menunjukkan bingkai tingkap, pintu, topi dan juga baju gadis itu, warna
putih pula memperlihatkan warna dinding, jejari tingkap dan juga kasut.
Manakala terdapat juga warna hitam yang terselit pada tudung dan seluar gadis
tersebut.
ELEMEN :
Warna
TEMA
: Makanan
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Juru gambar menggunakan teknik gambar atas sebagai teknik baik untuk mengambil
gambar kek tersebut. Elemen yang dikategorikan sebagai elemen warna dapat
difokuskan dalam gambar ini. Hal ini kerana dengan berlatarkan warna putih dan
objek lain hanya mambawa tiga warna dapat menarik perhatian ramai. Warna merah
jambu untuk kek, hitam untuk pinggan dan hijau untuk pokok hiasan. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat menarik fokus ramai dengan pemilihan warna yang
sesuai.
ELEMEN :
Warna
TEMA
: Makanan
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan makanan Waffle yang disaluti cheese. Bagi peminat
cheese dan waffle, mereka boleh menikmati gabungan antara Waffle dan cheese
pada masa yang sama. Rasanya juga tidak sangat pelik walaupun tidak pernah
mencuba gabungan tersebut. Gambar ini akan membuat orang tertarik kerana hanya
memfokuskan kepada warna hitam, krim dan warna hijau.
ELEMEN :
Warna
TEMA :
Haiwan
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar seekor kucing yang berwarna oren cerah atau
lembut yang berlatar belakangkan langit dan awan putih. Warna kucing yang
berwarna oren sangat menonjol dan ini sangat jelas bahawa gambar tersebut ingin
memfokuskan kepada kucing tersebut. Kombinasi warna dalam gambar tersebut
sangat cantik iaitu gabungan warna oren, putih, biru dan sedikit warna hijau.
Gambar di atas juga tidak Nampak serabut kerana pemilihan warnanya yang cerah.
ELEMEN :
Warna
TEMA
: Pemandangan
RUJUKAN :
Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi warna hijau, biru dan putih.
Warna-warna tersebut telah menghasilkan suatu kombinasi warna yang menarik dan
harmoni. Warna-warna tersebut adalah sinonim bagi alam semula jadi. Pulau yang
terletak di tengah-tengah lautan yang membiru jelas menampakkan kemegahannya.
Awan-awan putih yang menghiasi langit menambahkan lagi keindahan pemandangan
tersebut.
Carta Organisasi Elemen Warna
Ketua : VIVIAN 202967
Penolong : Adreana 204113
Editor : Hapizah 203936
Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 : Anis 203012
Penolong Editor 3 : Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
AJK Semakan : Hidayah 203937
No comments:
Post a Comment